Friday, October 8, 2010

dapat dari kawe nih... ala ni kije jin le. yg jenis suka main api. utk elakkan ikot la nasihat kat bawah ni



KISAH BENAR


Pada 8.8.2009 jam 5 petang saya menziarahi rumah kenalan saya di salah
sebuah kondominium di Kampung Pandan. Terkejut saya dibuatnya. Habis
rentung segala harta benda didalam rumahnya.


Yang hairan lagi pelik dan ajaibnya. Api tiada tapi tiba-tiba sahaja
peralatan-peralatan dalam rumah satu persatu berasap dan hangus. Selama
4 hari berlaku berterusan. Berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan tetapi
gagal menghalang kebakaran demi kebakaran berlaku.


BOLA API

Nak panggil bomba pun api tiada. Nak padam menggunakan pili bomba yang
sedia ada. Air pula tiada, kering.

Kemuncak kejadian asap misteri ini ialah dengan bunyi satu letupan yang
kuat dan menggegarkan dan mengemparkan seluruh penghuni kondo tersebut.
Habis rentung 100% tiada yang dapat diselamatkan


Yang hairannya lagi ia tidak merebak ke rumah jiran. Hanya terbakar
dalam rumah sahaja.


Selang beberapa hari kejadian misteri ini berlaku. Jiran beliau dan
penghuni kondo pakat beramai-ramai membaca Yassin berdekatan rumah
beliau. Selang 2 pintu. Berlaku lagi satu misteri. Asap misteri itu
menyerang tuan rumah yang mengendalikan bacaan Yassin.



ghost shadow


GHOST SHADOW


Walaubagaimanapun, asap misteri ini gagal memasuki rumah tersebut. Hanya
berlegar didepan pintu rumah. Dan hanya dapat membakar kasut-kasut yang
terletak diluar pintu rumah tersebut.


KESIMPULANNYA.


Saya nak ajak kita berfikir dan membuat kajian bersama. Kenapa rumah
jiran tersebut gagal ditembusi?


Seperti yang dijanjikan oleh junjungan besar Nabi kita. Janganlah engkau
jadikan rumah mu sebagai kuburan.


Ianya bermaksud rumah yang tidak dialuni dengan bacaan ayat-ayat
Al-Quran akan menjadi kuburan. Dan memudahkan jin dan syaitan masuk
kerumah kita.


Ini bukan pertama kali berlaku kepada kenalan saya ini. Dua tahun yang
lalu rumah pertama beliau telah mengalami kejadian yang sama. Ratus ribu
telah dibelanjakan sebagai ikhtiar. Selama setahun beliau sekeluarga
menderita tidak dapat tidur akibat api misteri tersebut. Ratusan ribu
ringgit habis dibelanjakan. AKhirnya dengan rawatan yang ikhlas dan
tidak dikenakan sebarang bayaran dapat menyelesaikan masalah asap
misteri ini.Kejadian ini terpapar didada akhbar metro, kosmo, Sinar dll.


Tapi tak lama, selang setahun dari kejadian ini rumah beliau dan 5 biji
rumah jirannya hangus terbakar


Saya sendiri pernah melihat sendiri dengan mata kepala asap-asap yang
masuk kerumah beliau dan membakar peralatan-peralatan ketika membuat
rawatan.


PENGAJARAN.


Kita jangan hanya bergantung pada mahkluk untuk menyelesaikan apa jua
masalah zahir mahu pun batin. Makhluk sepertu Ustaz, Kiyai, Imam dan
perawat yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran hanya boleh memberi
pentunjuk jalan untuk menyelesaikannya. Jika kita sendiri tidak
mengamalkan apa yang disuruh oleh Nabi kita. Percayalah perawat yang
hebat dalam dunia sekali pun tidak membantu menyelesaikan masalah kita.
(sama gak kalau sakit, gi jumpa doktor je, tapi x mau makan obat secara
disiplin, camana nk semboh? - sendrik kena usaha la)


Marilah kita kembali menghidup semula azimat mukijazat Al-Quran dan
Hadith yang ditinggalkan oleh Nabi kita.


Makmurlah rumah kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Setidak-tidaknya baca Yassin pada malam Jumaat. Tapi kalau boleh baca
setiap malam walaupun sedikit lagi baik


Ibu dirumah ajak anak-anak solat berjemaah dirumah. Bapa pula
rajin-rajinlah solat berjemaah di surau atau masjid. Kerana Nabi dalam
sejarah hidupnya tak pernah sembahyang dirumah. Solat dirumah sah tetapi
tidak sempurna dan tidak mengikut SUNNAH. Mereka yang solat berjemaah di
surau atau masjid insyaAllah keluarga mereka tidak akan terkena sihir.


Bapa sebagai ketua keluarga harus meningkatkan tahap ibadah. Memperkasa
rumah tangga agar dapat hidup aman damai dan tenang.


Solat jemaah jangan abaikan. Zikir-zikir amalan nabi seperti MATHURAT
sebagai pendinding yang mapan mampu menangkis sebarang ilmu sihir. Puasa
sunat Isnin dan Khamis menguatkan roh dan menundukkan hawa nafsu. Solat
sunat yang paling afdhal sekali dalam menyelesaikan apa jua masalah
ialah solat sunat Tahajjud. Hanya sedikit insan yang mampu melakukannya.
Waktu itulah doa yang paling mustajab untuk mengadu dengan Allah S.W.T.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment