Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak
dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam
hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang
tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga
menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang. Rasa marah ini
disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah,
tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga
dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan
meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan
sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri
dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah,
antaranya adalah seperti berikut:
1. BERTENANG
Tarik nafas
dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu
menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada
kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah
keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’
dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa
tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan
menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya
bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang
tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna
teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan
perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada
diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham
sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan
gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan
rasa marah anda.
3. SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan
itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda,
jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang
paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat
memenuhi perancangan anda.
4. KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya
orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu
secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan
kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah
dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang
baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.
5. BERTUKAR ANGIN
Kadangkala
suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan
tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat
marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah
melancong untuk memperbaharui mood.
6. MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan
adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita
mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa
diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah
agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada
individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.
7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika
marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau
percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan,
biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda
seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan
mengurangkan rasa marah anda.
8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Tumpukan
perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan
anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut
sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan
keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.
9. MENGUCAPKAN TA’AWUZ
Iaitu
membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu
dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka
berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya.
10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah
duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika
tidak hilang juga kemarahan dgn melakukan dua perkara tersebut maka
hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang) sabda Rasul saw :
"Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan
api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk
(air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud. Sabda Rasul saw: "Ketahuilah
sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah
kamu melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika
dapati yg demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi”
meletakkan semulia- mulia anggota pada tubuh manusia kepada sehina-hina
tempat supaya terhapus takabbur (ego) nya yg menjadi punca perasaan
marahnya itu. Sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari
tanah, dan hidupnya adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kepada
tanah ia dikembalikan. Tidak wajar baginya merasa takabbur, angkuh dan
sombong.
Menahan diri daripada marah adalah sifat yang baik dan
terpuji, justeru Allah ada menyebut dalam kitabNya Al Quranul Karim
tentang orang yang menahan diri daripada marah, Al kaadzimiinal ghaizd.
Sabda Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa
melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah
akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ."
Hadis riwayat Abu Daud.